Thursday, December 10, 2009

Pengenalan kepada openSUSE


Projek openSUSE adalah satu projek komuniti yang berasaskan perisian sumber terbuka (open source software) yang dtaja oleh Syarikat Novell untuk  mempromosikan penggunaan Linux. Kitaran keluaran baru bagi openSUSE adalah setiap 8 bulan iaitu 2 bulan lebih lama berbanding distro-distro yang lain yang akan dikeluarkan setiap 6 bulan. Terdapat 2 versi SUSE iaitu openSUSE dan SUSE versi komersial. SUSE versi komersial terdiri daripada SUSE Linux Enterprise Desktop (SLED) dan  SUSE Linux Enterprise Server (SLES).



OpenSUSE adalah percuma dan SLED/SLES adalah berbayar. Kandungan di dalam openSUSE coomunity version dan SLED/SLES adalah sama hampir sama (boleh rujuk pada komen yang pertama). SLED/SLES menjadi versi komersial bukannya kerana untuk membayar lesen bagi perisian tersebut, tetapi ianya adalah semata-mata untuk sokongan teknikal, patches dan jaminan kualiti. Perisian tersebut adalah percuma. Struktur sokongan untuk SLED/SLES adalah dari yang termurah (memperolehi patches tetapi tiada sokongan teknikal melalui email/telefon) hinggalah yang termahal (ada sokongan teknikal melalui email/telefon). 
 
Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan tempoh percubaan untuk SLED/SLES dimana kita hanya boleh mendapatkan patches sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar untuk mendapatkat akaun Novell untuk mendapatkannya. Anda boleh terus menggunakan SLED/SLES selepas tempoh 60 hari tersebut, tetapi anda tidak mendapat lagi sebarang patches.

Secara teknikalnya, openSUSE adalah lebih tertumpu kepada penggunaan dan tempoh percubaan bagi aplikasi-aplikasi dan mengubahsuaian yang terbaru yang disumbangkan oleh komuniti manakala SLED/SLES adalah lebih tertumpu kepada kestabilan dan kesesuaian untuk digunakan di dalam persekitaran perniagaan. Kitaran hidup (kemaskini) openSUSE bertahan selama 18 bulan manakala SLED/SLES adalah selama 7 tahun (di mana anda menbayar sekali untuk mendapatkan sokongan selama 7 tahun).

Sistem operasi openSUSE ini adalah berasaskan kernel Linux dan terdapat banyak lagi keluaran-keluaran perisian sistem operasi yang menggunakan kernel Linux seperti Ubuntu, Fedora, Mandriva dan Slackware.


Pelbagai Sistem Operasi yang menggunakan kernel linux


Apakah yang dimaksudkan dengan Kernel?
Kernel adalah  komponen utama di dalam kebanyakan perisian sistem operasi.  Antara peranan kernel adalah untuk menguruskan komunikasi di antara komponen hardware (perkakas) dan software (perisian). Rajah di bawah adalah gambaran peranan kernel di dalam sesebuah sistem operasi. Kernel Linux adalah kernel yang dibangunkan oleh Linus Trovalds (1991) dan dilepaskan sebagai perisian berasaskan sumber terbuka (Open Source Software, OSS).



Maskot bagi openSUSE?
Maskot bagi openSUSE dinamakan sebagai "Geeko", juga dikenali sebagai “SUSE lizard”, the “SUSE Chameleon” dan juga “Green Mean Machine”. Gambar dibawah menunjukkan logo rasmi dan icon bagi sistem operasi openSUSE.


Icon openSUSE




Anda boleh mendapatkan openSUSE di laman web: http://software.opensuse.org/112/en dan versi terbaru openSUSE adalah openSUSE 11.2.


2 comments:

msian_tux_lover said...

Great stuff...some comments:

openSUSE and SLEx do not have exact (i.e. 100%) software. For instance, SLED 11 has Cisco's VPN Client and Citrix' client. It also has Moonlight, the Linux version for Silverlight playback included. openSUSE 11.0, the version SLED 11 is derived from , doesn't have those. You are correct if you say almost similar list of software.

openSUSE is designed for tech enthusiasts and for hobbyists who want to use the latest FOSS software with all the bells and whistles. SLE are boring, its software are about 1 to 2 versions behind, but are realible and stable.

Technically speaking, both openSUSE and SLEx are similar but not the same. However, the CLI commands are the same.

lutfiraffi said...

Thanks for the correction bro... komen dan pembetulan amatlah dihargai oleh saya dan pembaca blog ini....

Post a Comment