Tuesday, December 8, 2009

Coretan Pertama

Ini adalah coretan pertama bagi laman web http://my-opensuse.blogspot.com. Tujuan blog ini adalah sebagai salah satu medium untuk saya berkongsi apa sahaja yang saya pelajari semasa saya menggunakan perisian sumber terbuka (open source software) dan memfokuskan kepada sistem operasi openSUSE.

Apakah perisian sumber terbuka (open source software)?
Semua perisian adalah bermula dengan kod-kod yang dibangunkan oleh pembangun perisian (developer). Perisian berasaskan sumber terbuka (Open Source Software) adalah perisian percuma yang mendedahkan sumber kod (source code) and pengguna adalah digalakkan untuk memahami kod dan boleh mengubahsuai kod tersebut untuk memenuhi kehendak individu. Selain itu, pengguna yang telah mengubahsuai kod tersebut juga digalakkan untuk berkongsi dengan pengguna-pengguna yang lain.

Apakah sistem operasi?
Setiap komputer memerlukan hardware (perkakas - monitor, tetikus, papan kekunci, dvd writer) dan software (perisian - Windows XP, Ubuntu, AutoCAD, Adobe Photoshop) untuk berfungsi. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem operasi dan perisian aplikasi. Perisian sistem operasi adalah perisian yang kritikal untuk membolehkan komputer anda berfungsi. Perisian sistem operasi yang paling banyak digunakan dimonopoli oleh syarikat Microsoft iaitu Windows. Versi terbaru Windows adalah Windows 7. Perisian sistem operasi windows adalah sistem operasi yang tidak mendedahkan sumber kod, berlesen, dan bukannya perisian yang berasaskan sumber terbuka. Walau bagaimanapun, terdapat juga sistem operasi yang berasaskan sumber terbuka seperti Ubuntu, openSUSE, Fedora, RedHat, Mandriva dan lain-lain lagi. Blog ini akan memfokuskan kepada perisian sistem operasi sumber terbuka iaitu openSUSE.

Kenapa saya memilih sistem operasi openSUSE untuk diketengahkan?
Tujuan utama adalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang apa yang telah saya pelajari tentang perisian sumber terbuka dan memandangkan kurangnya pendedahan berkenaan dengan sistem operasi openSUSE, why not saya mencuba untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya pelajari mengenai sistem operasi ini.

Semoga coretan di blog saya ini dapat memberikan manfaatkan kepada semua. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment