Tuesday, December 15, 2009

OpenSUSE 11.2 KDE & openSUSE 11.2 gnome


Sekiranya anda ingin memuat turun openSUSE di laman web, anda akan diberikan pilihan di antara openSUSE 11.2 KDE atau openSUSE 11.2 gnome. KDE dan gnome adalah persekitaran desktop yang berbeza. OpenSUSE 11.2 menggunakan persekitaran desktop KDE versi 4.3 dan GNOME versi 2.28



Apakah desktop environment (persekitaran desktop)?
Desktop Environment (Persekitaran Desktop) adalah merujuk kepada gaya antaramuka grafik pengguna (Graphical User Interface - GUI) bagi sesebuah sistem operasi. Secara kasarnya, persekitaran desktop adalah terdiri daripada icons,  windows,  toolbars,  folders,  wallpapers, dan desktop widgets. Terdapat banyak jenis Desktop Environment seperti GNOME, KDE, XFCE, LXDE, AMBIENT dan sebagainya. Akan tetapi, untuk sistem operasi openSUSE, hanya persekitaran desktop GNOME dan KDE yang diketengahkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang persekitaran dekstop, boleh rujuk:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang KDE, anda boleh rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/KDE#Origins

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang GNOME, anda boleh rujuk:


Manakah yang lebih baik? KDE atau GNOME?
Tidak ada jawapan yang tepat untuk menjawab soalan ini kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Masing-masing mempunyai sebab tersendiri untuk memilih di antara KDE atau gnome. Inilah keindahan di dalam Linux, terdapat banyak pilihan yang disediakan mengikut citarasa dan keselesaan pengguna. Secara peribadi, saya sukakan kedua-duanya. Saya sudah cuba KDE dan gnome dan masing-masing memberikan pengalaman yang berbeza buat saya.


OpenSUSE 11.2 KDE









OpenSUSE 11.2 gnome









Selamat memuat turun openSUSE 11.2 :)

0 comments:

Post a Comment