Tuesday, December 8, 2009

Jatuh Cinta dengan Perisian Sumber Terbuka

Cerita ini berlaku pada semester lepas.. tak pasti bila tarikhnya tetapi yang pasti ianya berlaku pada hari jumaat pada di dalam lingkungan bulan Februari 2009.

Pada hari tersebut, aku macam biasa layan tenet sebelum solat jumaat... dan aku bukak website www.zaharuddin.net sebab ada beberapa kemusykilan di dalam kepala otak aku ni... selalunya aku akan bukak website bila ada kemusykilan tentang soal agama... aku bukak website ni sebab ianya boleh dipercayai dan saya sendiri pernah pergi ke ceramah-ceramah ust zaharuddin di UTM, skudai.. Tahniah kepada Ust. Zaharuddin kerana menyediakan alternatif untuk orang-orang seperti saya yang cetek pengetahuan agama untuk berkongsi masalah... Masalah yang bermain di benak fikiran aku masa tu ialah... "apa hukumnya kalo aku menggunakan software-software pirate?".... dan setelah search di website ust zaharuddin ni.. maka, persoalan telah terjawab... http://www.zaharuddin.net/content/view/723/#comment83283



Alhamdulillah... saya amat berpuas hati dengan penerangan jawapan oleh Ust Zaharuddin... lepas tu, aku baca komen-komen di page tersebut n tertarik dengan komen mamat ni...

Apa kata kita cuba free OS dan software? Gunakan Ubuntu(setanding windows) dan di dlmnya OpenOffice(OO) pengganti MS Office. Ianya free. Ingin maklumat lanjut? Silalah berkunjung ke

http:// melayubuntu.blogspot.com/


blog mengenai ubuntu dalam bahasa melayu. Cubalah


Aku pon terus bukak website tu dan..... WOW... ada jugak ke Sistem Operasi yang COOL daripada windows XP (Komputer aku takde la sehebat mana, leh support windows XP je)... then, aku terus baca tutorial-tutorial n penerangan dalam http://melayubuntu.blogspot.com tu...



Dari situ la aku mula jatuh cinta dengan Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)... terima kasih kepada saudara zul, penulis laman web tersebut...

Dengan tidak membuang masa lagi, aku terus order cd Ubuntu Jaunty Jackalope yang baru dilepaskan dan selalu melihat artikel-artikel berkenaan dengan sistem operasi Ubuntu.... Selepas mendapat cd Ubuntu percuma yag dihantar ke rumah, aku terus install dengan menggunakan wubi (melakukan installasi Ubuntu di dalam sistem windows).. lama kelamaan, aku dah terbiasa menggunakan Ubuntu berbanding windows dan mengambil keputusan untuk format hard disk dan menggunakan sepenuhnya Perisian Sistem Operasi Ubuntu...

Setelah lama menggunakan Ubuntu, aku pon try la godek-godek sistem operasi linux yang lain macam Fedora, centOS, Mandriva dan openSUSE... dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menggunakan dual boot antara Ubuntu dengan openSUSE...

Disebabkan sokongan teknikal untuk Ubuntu sudah banyak dan mudah dijumpai, aku ingat nak share benda baru yang aku belajar masa menggunakan openSUSE.. Semoga blog ini bermanfaat kepada semua...


0 comments:

Post a Comment