Showing posts with label openSUSE. Show all posts
Showing posts with label openSUSE. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

Menyalin fail openSUSE 11.2 ke dalam CD/DVD

Setelah anda selesai memuat turun fail di laman web openSUSE, anda akan dapat melihat fail tersebut adalah berformat .ISO. Untuk membolehkan fail installasi openSUSE ini berfungsi, anda memerlukan CD atau DVD kosong, DVD atau CD writer, dan juga perisian untuk menyalin (burn) fail berformat .ISO tersebut.

Bagi Pengguna Microsoft Windows :

Windows 95 / 98 / ME / 2000 / XP / Server 2003 / Vista: Infra Recorder





1. Muat turun dan install Infra Recorder, perisian menyalin (burning) yang
    berasaskan sumber terbuka dan ianya adalah percuma.
2. Memasukkan CD kosong di dalam CD / DVD Writer.
3. Membuka Infra Recorder dan click pada butang "Write Image" pada skrin atau
    anda juga boleh memilih pilihan "Action" dan pilih "Burn Image".
4. Kotak tetingkat direktori akan keluar dan anda pilih file openSUSE anda dan klik
    "Open".
5. Kekotak dialog akan muncul dan klik "OK".


*Sekiranya anda menggunakan perisian seperti Nero Burner, anda boleh melihat demonstrasi pada klip di bawah:





Bagi Pengguna Linux :




Akhirnya, CD atau DVD openSUSE anda sudah siap dan boleh digunakan. Selamat mencuba dan jangan lupa meminjamkannya / sedekah kepada kawan-kawan anda.


OpenSUSE 11.2 KDE & openSUSE 11.2 gnome


Sekiranya anda ingin memuat turun openSUSE di laman web, anda akan diberikan pilihan di antara openSUSE 11.2 KDE atau openSUSE 11.2 gnome. KDE dan gnome adalah persekitaran desktop yang berbeza. OpenSUSE 11.2 menggunakan persekitaran desktop KDE versi 4.3 dan GNOME versi 2.28



Apakah desktop environment (persekitaran desktop)?
Desktop Environment (Persekitaran Desktop) adalah merujuk kepada gaya antaramuka grafik pengguna (Graphical User Interface - GUI) bagi sesebuah sistem operasi. Secara kasarnya, persekitaran desktop adalah terdiri daripada icons,  windows,  toolbars,  folders,  wallpapers, dan desktop widgets. Terdapat banyak jenis Desktop Environment seperti GNOME, KDE, XFCE, LXDE, AMBIENT dan sebagainya. Akan tetapi, untuk sistem operasi openSUSE, hanya persekitaran desktop GNOME dan KDE yang diketengahkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang persekitaran dekstop, boleh rujuk:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang KDE, anda boleh rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/KDE#Origins

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang GNOME, anda boleh rujuk:


Manakah yang lebih baik? KDE atau GNOME?
Tidak ada jawapan yang tepat untuk menjawab soalan ini kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Masing-masing mempunyai sebab tersendiri untuk memilih di antara KDE atau gnome. Inilah keindahan di dalam Linux, terdapat banyak pilihan yang disediakan mengikut citarasa dan keselesaan pengguna. Secara peribadi, saya sukakan kedua-duanya. Saya sudah cuba KDE dan gnome dan masing-masing memberikan pengalaman yang berbeza buat saya.


OpenSUSE 11.2 KDE









OpenSUSE 11.2 gnome









Selamat memuat turun openSUSE 11.2 :)

Sunday, December 13, 2009

OpenSUSE 11.2



 Versi keluaran openSUSE yang terbaru ialah openSUSE 11.2 dan ianya dilepaskan pada 12 November 2009. Sebelum ini, nama bagi openSUSE adalah SUSE Linux dan nama openSUSE digunakan sejak versi 10.2 iaitu dinamakan sebagai openSUSE 10.2. Jadual di bawah menunjukkan dengan lebih jelas lagi sejarah bagi versi keluaran bagi openSUSE.

Project Name
Version
Release date
Kernel version
S.u.S.E Linux (Slackware based)
3/94
1994-03-??
 ?.?.?
7/94
1994-07-??
 ?.?.?
11/94
1994-11-??
 ?.?.?
4/95
1995-04-??
1.2.9
8/95
1995-08-??
 ?.?.?
11/95
1995-11-??
 ?.?.?
S.u.S.E Linux
4.2
1996-05-??
 ?.?.?
4.3
1996-09-??
 ?.?.?
4.4
1997-05-??
 ?.?.?
5.0
1997-07-??
2.0.30
5.1
1997-10-??
2.0.32
5.2
1998-03-23
2.0.33
5.3
1998-09-10
2.0.35
SuSE Linux
6.0
1998-12-21
2.0.36
6.1
1999-04-07
2.2.6
6.2
1999-08-12
2.2.10
6.3
1999-11-25
2.2.13
6.4
2000-03-09
2.2.14
7.0
2000-09-27
2.2.16
7.1
2001-01-24
2.2.18
7.2
2001-06-15
2.4.4
7.3
2001-10-13
2.4.9
8.0
2002-04-22
2.4.18
8.1
2002-09-30
2.4.19
8.2
2003-04-07
2.4.20
SUSE Linux
9.0
2003-10-15
2.4.21
9.1
2004-04-23
2.6.4
9.2
2004-10-25
2.6.8
9.3
2005-04-16
2.6.11
10.0
2005-10-06
2.6.13
10.1
2006-05-11
2.6.16
10.1bis
2006-10-13
2.6.16
openSUSE
10.2
2006-12-07
2.6.18
10.3
2007-10-04
2.6.22
11.0
2008-06-19
2.6.25
11.1
2008-12-18
2.6.27
11.2
2009-11-12
2.6.31
11.3 (akan tiba)
2010-07-15
Tidak diketahui

Jadual di atas melihat perkembangan bagi openSUSE sejak tahun 1994 lagi hinggalah sekarang dan versi keluaran yang akan datang dijangka keluar pada 15 Julai 2010. Anda boleh melihat preview openSUSE 11.2 pada klip di bawah untuk melihatnya secara dekat.





Thursday, December 10, 2009

Bagaimanakah untuk mendapatkan openSUSE?

OpenSUSE adalah versi percuma dan terdapat beberapa cara untuk anda mendapatkan openSUSE. Antaranya ialah:

1. Memuat Turun daripada laman web rasmi openSUSE: http://software.opensuse.org/112/en




2. Menyertai majlis-majlis atau perjumpaan yang berkenaan dengan open source seperti
    openSUSE release party. Di sana, mungkin terdapat gerai pameran komuniti yang akan
    mengedarkan cd openSUSE kepada anda secara percuma. Saya juga mendapatkan cd  
    openSUSE di openSUSE Released Party yang diadakan baru-baru ini di UCTI, Technology
    Park. Maklumat tentang event boleh di dapati di dalam blog ini atau pada pautan ini:
    http://en.opensuse.org/OpenSUSE_11.2_Launch_Party_Locations




3. Mendapatkannya dari saya, rakan-rakan anda yang menggunakan openSUSE atau
    ambassador openSUSE di Malaysia, Mr. Eric Yeoh (msiantuxlover_at_gmail_dot_com).

Pengenalan kepada openSUSE


Projek openSUSE adalah satu projek komuniti yang berasaskan perisian sumber terbuka (open source software) yang dtaja oleh Syarikat Novell untuk  mempromosikan penggunaan Linux. Kitaran keluaran baru bagi openSUSE adalah setiap 8 bulan iaitu 2 bulan lebih lama berbanding distro-distro yang lain yang akan dikeluarkan setiap 6 bulan. Terdapat 2 versi SUSE iaitu openSUSE dan SUSE versi komersial. SUSE versi komersial terdiri daripada SUSE Linux Enterprise Desktop (SLED) dan  SUSE Linux Enterprise Server (SLES).



OpenSUSE adalah percuma dan SLED/SLES adalah berbayar. Kandungan di dalam openSUSE coomunity version dan SLED/SLES adalah sama hampir sama (boleh rujuk pada komen yang pertama). SLED/SLES menjadi versi komersial bukannya kerana untuk membayar lesen bagi perisian tersebut, tetapi ianya adalah semata-mata untuk sokongan teknikal, patches dan jaminan kualiti. Perisian tersebut adalah percuma. Struktur sokongan untuk SLED/SLES adalah dari yang termurah (memperolehi patches tetapi tiada sokongan teknikal melalui email/telefon) hinggalah yang termahal (ada sokongan teknikal melalui email/telefon). 
 
Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan tempoh percubaan untuk SLED/SLES dimana kita hanya boleh mendapatkan patches sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar untuk mendapatkat akaun Novell untuk mendapatkannya. Anda boleh terus menggunakan SLED/SLES selepas tempoh 60 hari tersebut, tetapi anda tidak mendapat lagi sebarang patches.

Secara teknikalnya, openSUSE adalah lebih tertumpu kepada penggunaan dan tempoh percubaan bagi aplikasi-aplikasi dan mengubahsuaian yang terbaru yang disumbangkan oleh komuniti manakala SLED/SLES adalah lebih tertumpu kepada kestabilan dan kesesuaian untuk digunakan di dalam persekitaran perniagaan. Kitaran hidup (kemaskini) openSUSE bertahan selama 18 bulan manakala SLED/SLES adalah selama 7 tahun (di mana anda menbayar sekali untuk mendapatkan sokongan selama 7 tahun).

Sistem operasi openSUSE ini adalah berasaskan kernel Linux dan terdapat banyak lagi keluaran-keluaran perisian sistem operasi yang menggunakan kernel Linux seperti Ubuntu, Fedora, Mandriva dan Slackware.


Pelbagai Sistem Operasi yang menggunakan kernel linux


Apakah yang dimaksudkan dengan Kernel?
Kernel adalah  komponen utama di dalam kebanyakan perisian sistem operasi.  Antara peranan kernel adalah untuk menguruskan komunikasi di antara komponen hardware (perkakas) dan software (perisian). Rajah di bawah adalah gambaran peranan kernel di dalam sesebuah sistem operasi. Kernel Linux adalah kernel yang dibangunkan oleh Linus Trovalds (1991) dan dilepaskan sebagai perisian berasaskan sumber terbuka (Open Source Software, OSS).



Maskot bagi openSUSE?
Maskot bagi openSUSE dinamakan sebagai "Geeko", juga dikenali sebagai “SUSE lizard”, the “SUSE Chameleon” dan juga “Green Mean Machine”. Gambar dibawah menunjukkan logo rasmi dan icon bagi sistem operasi openSUSE.


Icon openSUSE




Anda boleh mendapatkan openSUSE di laman web: http://software.opensuse.org/112/en dan versi terbaru openSUSE adalah openSUSE 11.2.